Saturday, October 24, 2009

Peperangan 0303

http://www.youtube.com/watch?v=EIJvB6W7o_4

Ya, dialah orangnya, manusia yang pernah aku tabik seketika dulu. Tapi tak sangka kata-kata aku mampu memecahkan kepalanya. Al-maklumlah, waktu itu kepala aku tengah tenang seperti penagih mengisap dadah. Disebabkan perkara yang remeh temeh, berlakulah peperangan dua negeri. Itupun kalau dia tidak terangkan bahawa dia mempunyai banyak kampung di pelbagai negeri.

Kalau tak silap aku, peperangan ini lagi teruk daripada 13 MEI... Kedahsyatan yang berlaku boleh dianggap sebagaimana penduduk neraka melihat salah seorang rakannya naik ke syurga. Jika masih tak dapat bayangkan keadaan seperti itu, cuba tutup kedua belah mata dan hantuk kepala ke dinding sekuat hati. Kalau boleh, jangan buatlah kerana membahayakan kesihatan. Jangan lupa bahawa kita sebagai penduduk Malaysia haruslah menjaga kesihatan demi melakukan aktiviti gelap.

Kata-kata aku adalah keluaran edisi terhad kerana tidak pernah keluar di mana-mana cyclopedia. Jika ingin tahu, ianya berasal daripada pemikiran logik aku walaupun aku sering memikirkan benda yang aku nak fikirkan. Tapi, bak katanya, pemikiran aku ni terlebih matang. Seringkali aku memikirkan perkara ini, adakah kata-kata aku terlalu berbisa? Setelah sekian lama aku mengkajinya apabila tiba waktu tidur, barulah aku faham bahawasanya aku tidak bersalah. Sudah semestinya aku tidak akan mengaku kesalahan itu kerana nanti kena masuk penjara kegelapan. Lagipun, perkataan yang aku berikan kepadanya bertujuan untuk menyampaikan tujuan aku yang seringkali tersalah arah.

Sudah semestinya aku mengetahui bahawa dia cuba untuk melarikan diri daripada aku. Ya, memang itu tujuan aku kerana aku tidak mahu dia hanyut bersama aku menuju ke daerah kegelapan. Bukan dia saja, ramai lagi yang aku ingin tinggalkan kerana sekian lama aku bertapa di daerah syaitan, baru aku sedar bahawa masih ada rakan yang sanggup menikam belakang aku. Ianya suatu penghinaan yang paling besar buat aku. Jangan ingat aku meludah mereka kerana bunga tahi ayam yang tak pernah merangsangkan kutukan maut aku. Ini semua terjadi angkara terpengaruh dengan aliran hipokritisme. Lagipun, aku paling benci manusia yang memijak kepala aku setelah sekian lama aku mengikutinya.

Memang suka hati aku nak tegaskan, aku tak pernah bermusuhan disebabkan bunga tahi ayam yang tak suci. Tetapi aku akan bermusuhan dengan manusia yang tak pernah kenal erti persahabatan. Disebabkan itulah aku tak pernah menghormati semua manusia yang tak memahami maksud S A H A B A T. Mereka cuma mengejar dan menghormati S A H A M B A T U.

Aku harap si mangkuk ayun yang kuat touching tu baca benda ini kerana dia takkan dapat baca benda ini di surat khabar. Hal ini kerana surat khabar seringkali mengeluarkan berita palsu sebagaimana wartawantan membuat berita yang gah tetapi semuanya dusta. Al-maklumlah, kekurangan duit untuk membeli mee segera. Akan tetapi, bagus juga jika berbuat begitu kerana disebabkan berita palsu juga nama kita boleh naik sehinggakan mampu mengeluarkan kereta. Disebabkan itulah ramai orang lebih mempercayai blog daripada surat khabar. Sekurang-kurang ada juga yang betul.

Akhir kata, aku tonjolkan jari tengah untuk meminta maaf jika ketidakpuashatian dengan diri aku yang serba mereng ini. Owh ya, sebelum terlupa, Si Malik ada menghantar SMS kepada Si Meon. Kalau tak silap aku, SMS nya ditulis seperti ayat di bawah :
'Idea dan pemikiran aku diterima ya. Cuma aku sengaja menukar konsep cerita dan mengubah sedikit pemikiran cerita aku agar dapat menyelindungkan pemikiran asal demi mengaburi mata para penilai. Jadi, pesan aku, kalau setakat dengar cerita di warung kopi, lebih baik tidur. Kalaulah aku jadi kau, aku akan lompat dari jambatan'.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment