Friday, October 16, 2009

Kala Mentari Menjadi Kelam


Adakah aku dilahirkan ke dunia ini untuk membahagiakan orang lain? Sedangkah hati ini hancur lebur menahan kesakitan. Atau kesilapan diri ini yang membiarkannya pergi jauh daripada bayangan seribu malam. Bila minta pendapat rakan-rakan dan ayahku sendiri, mereka semua suruh aku lawan untuk buktikan diri aku ini. Tapi sayang seribu kali sayang, aku tak bisa untuk mencuba membahagiakan diri ini jika melihat orang lain yang kecundang. Akan tetapi, jika ada pergaduhan jalanan, aku sering masuk campur walaupun terpaksa menahan tumbukan mereka yang seperti semut mengigit besi itu. Adakah seorang samseng tak mampu membahagiakan seseorang? Jika disebut tentang harta dan nama, memang kedua benda itu terlalu jauh untuk ku capai. Ya, memang terlalu jauh kerana aku sudah terlalu lama membuang masa berfoya-foya dengan kaum kerabatku sendiri. lagipun, aku masih muda untuk menjadi matang. walaupun aku tiada kereta, motosikal aku sering memenangi perlumbaan jalanraya. Apabila sebut tentang perjuangan, apakah perjuangan aku? Sudah tentu mempertahankan maruah diri, keluarga dan rakan-rakan. Akan tetapi, perlu lagikah aku mempertahankan semua itu jika masih ada rakan-rakan yang tikam belakang aku? Aku cuma memalukan diri sendiri jika bergaduh disebabkan perempuan. Disebabkan aku jenis malas fikir, aku tetap dengan perangai asal aku kerana aku tak biasa bermain dengan sikap hipokrit seperti orang lain. Secara rasminya, aku akan pukul sesiapa yang cuba menjatuhkan maruah aku, keluarga aku dan rakan-rakan aku bermati-matian.

JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN AYAT DI ATAS,
TAIP ONSIAL - JARAK - KOMENTAR
DAN HANTAR KE 54321
Cas dikenakan mengikut keberatan dosa?

No comments:

Post a Comment