Thursday, December 17, 2009

Apa Barang...


Geli ketiak aku pabila ada orang menegurku di dalam internet. Nak ketawa pun ada juga. Kenapa tak nak face to face? goy ke apa? Tapi lagi bagus dia tegur diri dia saja yang serba hina itu kerna... lagi ramai orang menyampahnya daripada aku. Belajar dulu cara berkawan kalau nak berkawan sebab dia still green. Hekeleh... jangan sampai aku taip dengan jari kaki. Setakat nak memenuhi tulisan blog untuk tontonan ramai, baik tak payah. Simpan saja buat asam gulai sebelum buku limaku sampai di matamu. Atau, mahu aku balas dengan cara yang sama? Tapi... kebiasaannya, orang yang selalu menegur ni dua kali lima juga. Cuma, buat dalam diam.... Sekian, selamat beramal. Terbang dulu....

Thursday, December 10, 2009

Biar Pecah Muka, Jangan Bocor Rahsia


Ada-ada saja isu yang dikeluarkan. Samada dari mulut, mahupun di skrin laptopnya. Tapi, apa guna keluarkan suara (walaupun tak dengar suara) di komputer, tetapi membisu pada saat itu? adakah input and output anda tergendala seketika sehinggakan tidak dapat menunjukkan lagak poyo seperti biasa di khalayak ramai? atau... anda sudah pandai jaga hati? bagus-bagus.... Macam Taik-

Jadi, jika anda ingin menghebohkan benda itu di khalayak ramai samada dalam apa jua bentuk, silalah hentak muka anda di dinding sekuat hati sehingga pecah. Dengan itu, anda pasti akan teringat akan janji-janji manismu dalam apa jua bentuk.

Sekian, terima pakai darimu dan aku namakan dikau dengan gelaran, BALACHE TAIKUNTA. Dengan itu, wujudlah seekor lagi balachi yang SUPER HIPOKRITISME. Ianya dalam golongan PENTERNAK NAJIS MINDA.

Akhir sekali, seperti biasa, aku tunjukkan jari tengah kepadamu yang mulia, intan payung, egois yang teramat tapi bengap nak mampuih, cerita yang teramat tapi pemalash nak mampuih dan Selamat Beramal agar dipenuhi dosa berpanjangan. INSYAALLAH

*khas buat yang tersayang, jauh di mata dekat di buku limaku.

Monday, November 23, 2009

Nak Buat Bagaimana....


Beza... memang berbeza! Seorang insan yang bergelar bapa sering memukul anak-anak yang masih kecil. Walaupun anak itu tidak pernah merasai kesakitan, dia masih mempunyai jasad dan roh. Tidak pernahkah bapa itu fikir tentang masa depan anak kecil itu? Adakah dia sekadar mengaut gaji buta yang telah diberikan oleh pihak kerajaan? Dimanakah tanggungjawabnya? Memang benarlah kata-kata seorang lelaki tua di dalam mimpi, "Sudah tiada guru yang mendidik anak murid dengan hati yang ikhlas. Semuanya kerana harta dan nama". Puas sudah anak kecil itu merenung sedalam-dalamnya ke anak mata bapanya, tetapi bapanya masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Memanglah! Ini kerana bapa itu tidak pernah ambil berat tentang anak kecil itu. Bapa itu terlalu ke arah dunia sehinggakan lupa kepada akhirat. Dunia kini bukan seperti dahulu.... Anak kecil itu masih mampu belajar di merata tempat dengan cara apa sekalipun. Lebih menghairahkan lagi, anak kecil itu tidak kisah tentang apa yang telah dan akan berlaku kepadanya kerana... anak kecil itu pasti akan duduk setaraf dengan bapanya itu. Di saat itulah, bapa itu sedar bahawa penyesalannya itu tiada guna lagi dan disebabkan sifatnya yang terdahulu jugalah anak kecil itu sering memperlekehkan bapanya itu. Bersiap sedialah menghadapi hukum karma yang bakal menerjah minda dan jasad anda!

Promote Blog Seniman Kecil

sila klik jika ada jari.

Dia budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjuk ajar.

Sunday, November 22, 2009

Sememangnya Mulia!


Macam kartun.
Tak pernah berubah.
Kalau berubah?
Macam taikunta.

Monday, November 16, 2009

Memanusiakan manusia


Amran? Kau ini, Amran ke? Ke mana kau menghilangkan diri selama ini? Sejak kita lakukan perkara itu sama-sama, kau terus hilang! Hilang tinggalkan aku! Kemana kau pergi sewaktu aku terperangkap di penjara seorang diri? Dua puluh tahun, Amran…. Aku merana… menderita seorang diri… tapi kau- berfoya-foya di luar sana. Sekarang, jawab pertanyaan aku, Amran! Kau ingat kau dapat sembunyikan sesuatu daripada aku? Air muka kau sudah terangkan segala-galanya, Amran. Kerana… jarang sekali manusia dapat mengubah sikap dalamannya. Apatah lagi tabiat kau! Aku cukup kenal dengan diri kau. Jadi, tak payahlah kau nak bermuka-muka dengan aku. Ya, memang dahulunya aku seperti kau! Tapi kau lupa- satu perkara. Tak payahlah aku nak jelaskan. Kerana, aku tetap takkan maafkan kau. Apa gunanya aku berbaik dengan kau sekarang? Sedangkan, kau pernah tikam belakang aku. Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya? Semua harta rompakan telah kau kebas… semua gadis yang kita pernah kenali dahulu telah kau cabuli…. Jangan ingat aku ni bodoh seperti dahulu, Amran…. Kalau dahulu, memang aku sentiasa di belakang kau! Tapi sekarang, kau terpaksa berhadapan dengan aku. Woi penakut! Jangan kau cuba larikan diri. Dimana kata-kata kau dahulu? Sudah tentu kau ingat lagi, bukan…. Ku fikirkan kau ini, handal dalam membuat kerja! Itupun lepas aku dengar kata-kata kau…. Tetapi, rupa-rupanya kau ini bacul! Kau guna senjata aku. Kemudian, kau tinggalkan aku di dalam penjara. Sekarang, apa pula? Dengan senjata aku itulah kau dinaikkan pangkat, bukan? Dengan senjata aku itu juga kau mempunyai ramai pengikut. Dengan senjata itu juga kau cuba membunuh aku! Sebelum muka kau pecah kena tumbuk dengan aku lagi, kau mahu serah diri atau aku hapuskan kau di sini? Aku tak kisah kau nak kata selepas ini, sebab aku tak pernah gentar dengan kau. Mungkin pertemuan kita ini sekadar untuk memanusiakan kau, Amran. Kalau kau sudah insaf, baguslah. Tetapi hukuman tetap hukuman. Silalah ambil simpati orang lain di atas angkara aku ini. Susah? Bukankah kau ini sering mengampu para vaterian? Ya, memang cukup payah untuk tegakkan kebenaran juga keadilan. Tetapi, inilah tujuan aku hidup di dunia. Tolonglah jangan samakan aku dengan kau kerana kau adalah kau dan aku adalah aku.

Moral : Lebih baik kau mati daripada terus menyusahkan hidup aku dan memburukkan nama baik aku.

Cerita ini memang untuk dijiplak dan dijadikan bahan cerita di luar. Itupun kalau anda sanggup dihina dan dicaci oleh manusia selama beberapa keturunan.

Sunday, November 15, 2009

Shhh... Biarlah Rahsia...

Siapa ikut siapa?
Shhh... Biarlah rahsia...

Friday, November 6, 2009

Surat Buat Abang

Assalamualaikum abang,
Adik di sini sihat-sihat belaka. Abang di sana sihat ke? Adik harap abang tak sihat. Maklumlah, kalau sihat, abang ajak adik mengumpat rakan-rakan adik. Jadi, lebih baik abang terus jatuh sakit. Senang hati adik bila abang sakit. Abang, bagaimana dengan Penilaian Tahun Akhir hari itu? Adik tengok, kebengapan abang lebih kurang sama saja dengan adik. Dahulu, abang pernah kata bahawa abang sering bergiat dengan kursus memasak dan macam-macam lagi. Tapi, adik tengok... sama saja. Mungkin abang ni syok sendiri agaknya tiga tahun dahulu. Maklumlah, mula-mula belajar mestilah nak tunjuk kepandaian diri. Tak apa, adik faham semua itu. Tapi, bila abang lepak berdua dengan adik, kenapa abang terus beredar tanpa beritahu adik? Dimana etika abang dalam pergaulan? Kenapa abang? Abang ingat adik akan ikut kemana saja bontot abang pergi? Abang janganlah ingat orang sekeliling abang tak ada maruah. Tak baik...tuhan marah.... Bukan ke dahulunya kita selalu mengkaji bab-bab akhirat bersama-sama. Adakah abang terlupa perkara yang paling penting ini? Bertaubatlah abang sebelum terlambat.... Adik bukan apa, cuma sayangkan abang saja. Takkan adik nak biarkan abang masuk ke neraka sedangkan adik tengah syok di dalam syurga. Seperkara lagi abang, dahulunya, abang pernah mendidik adik sesuatu sambil minum air sirap. Kalau tak silap adiklah, abang pernah menghina seseorang itu sewaktu adik mula kenal namanya. Hal ini kerana salah seorang pensyarah kita juga pernah mengutuk beliau. Tapi, kenapa abang minta pertolongannya pula selepas dia memuji karya abang? Adakah abang ni suka putar belit cerita atau tiada maruah? Disebabkan abang ni idola adik, adik pening dengan pemikiran abang. Tiap kali abang cakap, sememangnya lain dengan perbuatan abang. Seperkara lagi, dengan izin, boleh tak adik pukul salah seorang pensyarah kita? Ya, memang adik bodoh sebab pegang hp sewaktu perbentangan. Tapi, itu adalah hak asasi untuk membuatkan adik berasa tenang sebelum adik maki hamun di depan mereka. Pensyarah itu juga bodoh dan bangang sebab main hp sewaktu saya buat perbentangan. Jika pensyarah sendiri tak hormat dengan pelajar, bagaimana pelajar nak hormat pensyarah? Kalau ikutkan hati, adik memang nak memalukan dia depan orang ramai. Maklumlah, adik tak belajar mengutuk di dalam karya sebab adik tak nak mempengaruhi pembaca tentang kutukan-kutukan yang diberi di dalam karya. Minta maaflah adik tak dapat hadir ke majlis kenduri di rumah abang. Al-maklumlah, adik tak biasa keluar negeri.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

egsdfsafgsrfg

(SAMSENG JALANAN)

Monday, November 2, 2009

Kata Orang....

Kata orang, aku tak layak jadi mat rempit. Aku lagi layak jadi penulis.

Kata orang, aku tak layak jadi penulis. Aku lagi layak jadi pelakon.

Kata orang, aku tak layak jadi pelakon. Aku lagi layak jadi pelawak.

Kata orang lagi, aku tak layak jadi pelawak. Aku lagi layak jadi doktor falsafah.

Tapi, setahu aku, kita layak memilih kerjaya yang kita minat. Jadi, aku nak jadi ahli politik lah. Boleh main rasuah berpuluh ribu. hahahaha

* Ini cuma cerita dongeng, memang ada kaitan dengan manusia.

Wednesday, October 28, 2009

Pendekar Dermawan

CERITA INI TIDAK BERKAITAN DENGAN NASIB SEORANG-
Dari timur ke barat, utara ke selatan, dia melangkah dengan penuh kejantanan...semangat satrianya sudah ke tahap kemuncak! Ilmu yang dimiliki penuh di dada...bukan di kepala. Ya, dialah pahlawan yang terbilang...termahsyur di setiap pelusuk tanah air. Setiap godaan syaitan yang bertopengkan wanita, sudah tentu dia tidak tergoda. Sungguh hairan! Musykil pun ada juga.... Betapa megahnya dia dengan kuda hitamnya, kuasa dan kekayaannya.... Tapi, sayang dua ribu kali sayang.... Dia tumpas sewaktu menjalani peperiksaan akhir tahun. Disebabkan pendekar ini kaya raya...mampu membeli satu negara...semua ini, masalah paling senang baginya. Tetapi, dia perlu melakukan tiga perkara. iaitu :
1. cucuk duit di bank
2. jumpa penyemak kertas peperiksaan
3. beri duit sewaktu bersalam
Sekian, jangan beramal.
moral:
1- simpan ilmu di kepala, jangan di dada.

Kenikmatan Melanda Memikat 4 Dara Serentak!

INI BUKAN KISAH BENAR, CUMA KISAH PENCIPLAKAN KONSEP.

Hari ini aku ketawa (muka tak ada serius). Walaupun mata segar, nyaman tidur daripada malam bawak ke pagi, aku terus ke kuliah. Tapi, mandi dulu haa.... Satu SMS aku terima daripada seorang awek bahawa dia ingin berkenalan dengan aku. Yes, dah dapat ngorat! (ayat aku sendiri). Ayat merapu meraban.

Kenikmatan mula melanda diri ini. Aku dapat memikat 4 dara serentak dalam masa yang singkat. Aku perlu rasa yang mana dekat dulu. Firstly, thanks kepada Leman yang beriku no awek-awek. antara nama awek tersebut.

1: Minah
2: Peah
3: Bedah
5: Joyah

Yes! Dah cukup 4. Lepas ni, kalau ada yang lain, ceraikan yang terawal. Dan ada kawan aku seorang samseng pasar nak join berkeluarga.

Bulan 10 tak ada exam, kena tunggu bulan 12.

* Sesiapa yang terasa, tolonglah betulkan bahasa melayu kamu.... Pening kepala aku nak baca. Memalukan semua-

Sunday, October 25, 2009

B A L A C H E Semakinta Berteriak

INI BUKAN BERITA MEMAKI. JADI...SILA MENGUCAP TERLEBIH DAHULU.

Fenomena kumpulan apache bukan lagi benda asing di negara kita... semangat mereka, aksi stunt.... sangat gempak. Terkesima aku dibuatnya macam Pxsfdgsjh. Tapi... taklah sehebat seorang balache yang sudah mengamuk di skrin cahaya-

Dahulunya... mendiamkan diri apabila disergah. hm... sekarang dah pandai... memang hot.... Tapi aku tak paham apa yang dia cuba sampaikan.... samada aku terlalu bodoh atau dia yang sangat hebat-

Yang membuat aku ketawa ialah... jeng jeng jeng.... Apa ya.... Hm... tak ada aliran lain ke nak masukkan dalam blog? Eh... yang aku nak marah kenapa... Er... minta maaf ya... lain hari masuklah semua benda yang lain... aku tulis ni... tak macam dalam blog anda yang serba mewah-

DUSH!DUSH!DUSH! aku tumbuk dia sampai pengsan... tapi... tak syoklah... dia hidup lagi. Nyesal pula aku tak tumbuk dia betul-betul. Sebab... tadi cuma gurauan saja... jangan marah ya-

Bila dia ajak makan saja... aku rasa macam confiuslah... confius! Kalau tak join... dia kata apa pula nanti. Kalau join... Rasuah! DING... DING... DING.... Manusia yang berada di belakang aku sengaja bunyikan loceng apek ais krim macam Sawfk.... aku pun tak tahu mana manusia tu rembat loceng tu-

Ah, persantankan semua itu! Makin fening kepala aku... bak kata pepatah... bagai orang tak makan panadol apabila tiba waktu pening.... Semuanya gara-gara ditikam belakang oleh manusia yang mempunyai lidah bercabang dua... bukan tiga... bukan empat-

Hoi! apa pula... siapa kata kata si Jenab tu yang ada lidah dua cabang... dia cuma Kencaaag bercabang dua. Tapi.... ingat-ingatlah seruan kerajaan yang pernah diperkatakan oleh semua.... Satu Malaysia-

Hentam sajalah... jangan main goreng-goreng... ini bukan pertandingan memasak... tapi... pertandingan Pgefsfjnsskf. Semakin rancak perkataannya, semakin pening kepala otak aku ni nak memahami isinya... BAHALOL punya-

Yang sebenarnya... taklah pening sangat... cuma, tak ada benda yang menarik.... Kasihan dia-

Saturday, October 24, 2009

Peperangan 0303

http://www.youtube.com/watch?v=EIJvB6W7o_4

Ya, dialah orangnya, manusia yang pernah aku tabik seketika dulu. Tapi tak sangka kata-kata aku mampu memecahkan kepalanya. Al-maklumlah, waktu itu kepala aku tengah tenang seperti penagih mengisap dadah. Disebabkan perkara yang remeh temeh, berlakulah peperangan dua negeri. Itupun kalau dia tidak terangkan bahawa dia mempunyai banyak kampung di pelbagai negeri.

Kalau tak silap aku, peperangan ini lagi teruk daripada 13 MEI... Kedahsyatan yang berlaku boleh dianggap sebagaimana penduduk neraka melihat salah seorang rakannya naik ke syurga. Jika masih tak dapat bayangkan keadaan seperti itu, cuba tutup kedua belah mata dan hantuk kepala ke dinding sekuat hati. Kalau boleh, jangan buatlah kerana membahayakan kesihatan. Jangan lupa bahawa kita sebagai penduduk Malaysia haruslah menjaga kesihatan demi melakukan aktiviti gelap.

Kata-kata aku adalah keluaran edisi terhad kerana tidak pernah keluar di mana-mana cyclopedia. Jika ingin tahu, ianya berasal daripada pemikiran logik aku walaupun aku sering memikirkan benda yang aku nak fikirkan. Tapi, bak katanya, pemikiran aku ni terlebih matang. Seringkali aku memikirkan perkara ini, adakah kata-kata aku terlalu berbisa? Setelah sekian lama aku mengkajinya apabila tiba waktu tidur, barulah aku faham bahawasanya aku tidak bersalah. Sudah semestinya aku tidak akan mengaku kesalahan itu kerana nanti kena masuk penjara kegelapan. Lagipun, perkataan yang aku berikan kepadanya bertujuan untuk menyampaikan tujuan aku yang seringkali tersalah arah.

Sudah semestinya aku mengetahui bahawa dia cuba untuk melarikan diri daripada aku. Ya, memang itu tujuan aku kerana aku tidak mahu dia hanyut bersama aku menuju ke daerah kegelapan. Bukan dia saja, ramai lagi yang aku ingin tinggalkan kerana sekian lama aku bertapa di daerah syaitan, baru aku sedar bahawa masih ada rakan yang sanggup menikam belakang aku. Ianya suatu penghinaan yang paling besar buat aku. Jangan ingat aku meludah mereka kerana bunga tahi ayam yang tak pernah merangsangkan kutukan maut aku. Ini semua terjadi angkara terpengaruh dengan aliran hipokritisme. Lagipun, aku paling benci manusia yang memijak kepala aku setelah sekian lama aku mengikutinya.

Memang suka hati aku nak tegaskan, aku tak pernah bermusuhan disebabkan bunga tahi ayam yang tak suci. Tetapi aku akan bermusuhan dengan manusia yang tak pernah kenal erti persahabatan. Disebabkan itulah aku tak pernah menghormati semua manusia yang tak memahami maksud S A H A B A T. Mereka cuma mengejar dan menghormati S A H A M B A T U.

Aku harap si mangkuk ayun yang kuat touching tu baca benda ini kerana dia takkan dapat baca benda ini di surat khabar. Hal ini kerana surat khabar seringkali mengeluarkan berita palsu sebagaimana wartawantan membuat berita yang gah tetapi semuanya dusta. Al-maklumlah, kekurangan duit untuk membeli mee segera. Akan tetapi, bagus juga jika berbuat begitu kerana disebabkan berita palsu juga nama kita boleh naik sehinggakan mampu mengeluarkan kereta. Disebabkan itulah ramai orang lebih mempercayai blog daripada surat khabar. Sekurang-kurang ada juga yang betul.

Akhir kata, aku tonjolkan jari tengah untuk meminta maaf jika ketidakpuashatian dengan diri aku yang serba mereng ini. Owh ya, sebelum terlupa, Si Malik ada menghantar SMS kepada Si Meon. Kalau tak silap aku, SMS nya ditulis seperti ayat di bawah :
'Idea dan pemikiran aku diterima ya. Cuma aku sengaja menukar konsep cerita dan mengubah sedikit pemikiran cerita aku agar dapat menyelindungkan pemikiran asal demi mengaburi mata para penilai. Jadi, pesan aku, kalau setakat dengar cerita di warung kopi, lebih baik tidur. Kalaulah aku jadi kau, aku akan lompat dari jambatan'.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 16, 2009

Naluri Kegelapan



Aku dah lama mati, faham tak? Aku dah lama mati! Aku cuma mampu bernafas dengan benda tu. Kenapa korang nak berkawan dengan aku lagi? Aku bukan lagi kawan yang korang semua pernah kenal aku dulu. Aku dah kembali ke tempat aku yang dulu (sebelum korang kenal aku). Aku lebih bahagia berkawan dengan sekaum aku. Aku tak pernah menyesal dengan semua ni! Pergi mamposlah aku perangai tak matang ke apa! Kalau korang matang sekalipun, tapi makan kawan sendiri, bermusuh dengan sesuatu pihak disebabkan sesuatu, lagi tak guna! Korang semua pergi jahanam sama permainan hipokrit korang tu! Pergi jahanam sama kerjaya korang tu! Manusia macam korang ni, lagi hina daripada manusia macam aku! Sanggup gadaikan maruah untuk bermusuh, lagi hina! Sekali lagi korang ganggu hidup aku, aku dah tak teragak-agak untuk hapuskan korang. Jangan cuba main gila sama aku. 
*Khas buat yang jauh di mata, dekat di hati

Kala Mentari Menjadi Kelam


Adakah aku dilahirkan ke dunia ini untuk membahagiakan orang lain? Sedangkah hati ini hancur lebur menahan kesakitan. Atau kesilapan diri ini yang membiarkannya pergi jauh daripada bayangan seribu malam. Bila minta pendapat rakan-rakan dan ayahku sendiri, mereka semua suruh aku lawan untuk buktikan diri aku ini. Tapi sayang seribu kali sayang, aku tak bisa untuk mencuba membahagiakan diri ini jika melihat orang lain yang kecundang. Akan tetapi, jika ada pergaduhan jalanan, aku sering masuk campur walaupun terpaksa menahan tumbukan mereka yang seperti semut mengigit besi itu. Adakah seorang samseng tak mampu membahagiakan seseorang? Jika disebut tentang harta dan nama, memang kedua benda itu terlalu jauh untuk ku capai. Ya, memang terlalu jauh kerana aku sudah terlalu lama membuang masa berfoya-foya dengan kaum kerabatku sendiri. lagipun, aku masih muda untuk menjadi matang. walaupun aku tiada kereta, motosikal aku sering memenangi perlumbaan jalanraya. Apabila sebut tentang perjuangan, apakah perjuangan aku? Sudah tentu mempertahankan maruah diri, keluarga dan rakan-rakan. Akan tetapi, perlu lagikah aku mempertahankan semua itu jika masih ada rakan-rakan yang tikam belakang aku? Aku cuma memalukan diri sendiri jika bergaduh disebabkan perempuan. Disebabkan aku jenis malas fikir, aku tetap dengan perangai asal aku kerana aku tak biasa bermain dengan sikap hipokrit seperti orang lain. Secara rasminya, aku akan pukul sesiapa yang cuba menjatuhkan maruah aku, keluarga aku dan rakan-rakan aku bermati-matian.

JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN AYAT DI ATAS,
TAIP ONSIAL - JARAK - KOMENTAR
DAN HANTAR KE 54321
Cas dikenakan mengikut keberatan dosa?

Thursday, October 15, 2009

Cukuplah dengan SEMUA INI!

Walaupun kita mempunyai ribuan kawan, tidak semua yang sanggup berkongsi masalah kita. Kadangkala, orang yang kita harapkan tak semestinya akan membantu kita. Sebaliknya mereka menjatuhkan kita dalam diam. Walaupun aku sudah tahu tentang hal ini, aku masih bergaul dengannya. Akan tetapi, janganlah kau gelar diri kau SAHABAT aku kerana aku cuma menganggap kau sebagai KAWAN sahaja. Jika kau sanggup menafikan hal ini, TAIP ONSIAL KOMEN DAN HANTAR KE 54321. Cas perkhidmatan dikenakan mengikut keberatan dosa.

Tuesday, October 13, 2009

Adakah Ini Dinamakan Solat?


Adakah anda bersolat?

Mengapa anda bersolat?

Bilakah anda bersolat?

Bagaimanakah anda bersolat?

Dimanakah anda bersolat setiap hari?

Apa maksud bersolat?

Siapakah difikiran anda ketika bersolat?

Saturday, October 10, 2009

Mari Menari

Pada satu hari, Beruk berasa bangga kerana dipuji Ketua Sarkas minggu lepas. Dia mula meminggirkan diri daripada rakan-rakannya. Badut hanya menari sarkas di belakang Ayam sahaja kerana tidak mahir menari poco-poco. Selepas muzik dimainkan, mereka bertiga menari. Akan tetapi, hanya Beruk sahaja yang salah menari. Disebabkan Badut mengikut langkah tarian Ayam, dia semakin mahir menari poco-poco. Beruk berasa marah dan melompat-lompat sambil makan pisang.  Beruk menghampiri Beruk dengan senyuman yang manis.

"Kau kata, Ketua Sarkas puji kau paling terbaik minggu lepas? Tapi, aku tengok kau saja yang salah," tanya Badut kepada Beruk.

Beruk tidak menjawab pertanyaan Badut. Dia terus beredar sambil makan pisang. 

PENGAJARAN: Jangan makan pisang sewaktu menari poco-poco.

Thursday, October 8, 2009

Khas Buat Orang Takabbara!

Adakah orang yang pandai berbicara itu adalah orang yang bijak pandai dan orang yang pendiam itu adalah orang yang bodoh? Adakah orang yang suka membaca itu adalah orang yang bijak dan orang yang tidak membaca itu adalah orang yang bodoh? Perlu ke menghormati orang pandai sedangkan dia tidak pernah mengerjakan solat? Adakah dia kusyuk membaca buku-buku teori sehinggakan terlupa membaca buku-buku agama? Perlu ke membantu orang bodoh untuk belajar? 

Soalan ini sering tertanya-tanya di pemikiran manusia yang lupa diri. Memang suka hati saya lah nak ingatkan, sebijak pandai orang itu pun, tak semestinya dia tahu segalanya dan kadangkala orang yang bodoh itulah yang banyak mengetahui mengenai banyak perkara. Akan tetapi, tengok jugalah dari segi pengalaman hidup dan pergaulannya. Banyak berbeza dengan seorang lelaki yang tahu duduk di rumah seperti perempuan. Apabila ada benda yang tak kena sahaja, mulalah nak mengkritik orang lain sedangkan benda itu ada dalam dirinya sendiri. Buat apa kita nak kedekut ilmu sedangkan ilmu yang kita pelajari selama ini datang daripada-Nya.

Nabi pernah menjelaskan tentang di antara alamat celaka seorang manusia itu dalam sabda baginda :

إعجاب المرء بنفسه

Yang bermaksud "merasa taajjub sesorang itu dengan dirinya sendiri"....

Sesungguhnya benarlah sabda baginda Nabi SAW dalam sebuah hadis yang lain :-

الجهل رأس كل خطيئة

Yang bermaksud "bahawa kejahilan itu adalah induk bagi segala kesilapan.."

Berkaitan rasa takabbur pula baginda Nabi SAW pernah memberikan ancaman kepada kita semua agar jangan sekali-kali takabbur dan sombong dalam hadis baginda SAW :-

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر

Yang bermaksud " Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada perasaan takabbur walau sebesar atom di dalam hatinya"


           "Dan pada diri kamu apakah tidak kamu perhatikan?"
                                                              Surah az-Zariyat: ayat 21

Saturday, October 3, 2009

Permainan Dunia

Sememangnya, tujuan AKU masak banyak-banyak memang untuk buang ke bakul sampah pun. Al-maklumlah, manusia zaman sekarang ni banyak sangat perkara penting yang perlu diuruskan. Nasib baiklah ada rakan lain yang sudi datang.

*Terima kasih kepada orang yang banyak alasan kerana menyuruh AKU buat open house tapi dia tak datang.

*Terima kasih kepada anak johor yang banyak kampung di negeri orang kerana sudi menunggu rakan-rakan lain hadir.

Tuesday, September 29, 2009

Sungguh Bijak Manusia Itu!

Walaupun manusia telah dilahirkan sempurna walaupun berakal, manusia tidak dapat lari daripada sejenis virus yang diberi nama 'LUPA'. Jadi, manusia memerlukan orang sekeliling untuk mengingatkannya tentang apa-apa perkara. Tidak salah bukan untuk meminta pertolongan orang lain untuk mengingatkannya. 

"buang saja ilmu itu kalau tidak mahu dikongsi"

Friday, September 4, 2009

Menanti Sebuah Potret

Bila waktu pagi, terbayang si DIA. Bukan main lama lagi nak tunggu waktu malam. Semuanya kerana ingin berjumpa si DIA. Bila tak dapat jumpa, alamatnya jadi sasau. Itu yang payah bila dilamun bayang manusia. Satu kerja pun tak boleh siap, inikan pula tiga kerja. Nasib baik ada rakan-rakan yang dapat tangkap perangai si AKU yang makin berubah dari minit ke jam. kalau tidak, si AKU mesti masuk ICU.

Thursday, August 27, 2009

Sudah Nampak Belangnya

Dahulu lawan, kini kawan. Dahulu pendiam, kini banyak cakap. Segala perubahannya begitu ketara semata-mata kempunan tulang busuk. Rela menjadi abdi yang hina untuk menjaga reputasi diri dan menyangka hamba lain akan menceritakan perkara yang baik-baik saja kepada tulang busuk. Dalam fikirannya juga, tulang busuk itu akan tertarik dengannya. Itulah dia, sandiwara dunia yang telah berlaku sejak zaman nenek moyang belah atuk dia lagi. Dengan kata lain, dia tipu diri sendiri.

Wednesday, August 26, 2009

Mengejar Bayangan Kegelapan

Dia sentiasa mengelamun seorang diri. Lain yang diperkatakan, lain yang dia faham. Itulah dia, boneka yang paling busuk pernah ku kenal. Disebabkan seorang perempuan busuk, muka tidak bernafsu itu, dia sering meminta pertolongan rakan-rakan untuk membantunya walaupun rakan-rakan tidak mendengar suara dia sedang meminta pertolongan. Akan tetapi, apabila rakan-rakan meminta pertolongan daripadanya, dia hanya memberi rungutan, membuat muka seperti aku hendak pecahkan mukanya.