Saturday, January 30, 2010

Satu Permulaan

Antara dua, hanya satu yang perlu dijadikan sasaran. Tersalah pilih, musnahlah impian. Begitu juga dengan harapan- dan masa depan. Jalan yang telah ditakdirkan inilah pilihanku, hingga akhir hayat. Sudah terlambat untuk menyesali semua, rama-rama. Maaf kerna aku tak mampu merawat isi hatimu. Walaupun perkenalan kita hanya sementara, kegembiraan yang aku rasa sememangnya sukar untuk digambarkan. Pahit... manis... semuanya di dalam ingatan. Janganlah kau hapuskan kepingan gambar kita yang terpahat di dalam memori. Biarpun jasad kehilangan roh yang abadi, kita pasti akan bertemu lagi. Satu hari nanti.... Jujur hati ini berkata, senyuman yang kau loretkan kepadaku, takkan dapat dicari ganti. Mahupun dijual beli. Andaikata terjadinya malapetaka, hanya satu yang aku pinta sebagai tanda perpisahan terakhir. Janganlah kau ucap selamat tinggal. ku harap kau dapat mengerti, wahai rama-rama.

Friday, January 29, 2010

EKSPERIMENTALSIAL

Fening itu fening ini, ada saja jawapan yang pasti.
Hasil usaha penat mencari, akhirnya ramai jadi peganti.
Samada kanan mahupun kiri, kedua-duanya berjenis puki.
Gambar diberi seakan-akan tali, pabila jumpa seperti tayar lori.
Badan punyalah bau daki, mulut penuh tahi gigi.
Tak payah lihat sampai ke kaki, memang patut cabut lari.
Fenomena ini senang dicari, jika masing-masing macam babi.
Eloklah mereka mengadap Ilahi, sebelum mereka disahkan mati.
Jangan fikirkan tulisan ini, kepada mereka yang sedang mencari.
Ini bukannya untuk memerli, tetapi luahan isi hati.
Ia bukannya datang dari diri sendiri, tetapi sengaja hendak memaki.

Saturday, January 23, 2010

Masihkah?

Dahulunya sudah tekad untuk berhenti cabuli pemikiran para mereka. Tetapi, sudah terpaksa- tanpa sebab, tanpa alasan dan tanpa tanpa tanpa tanpa tanpa tanpa.

Mungkin sejarah sudah berulang kembali. Teringat sudah kenangan sewaktu di Sentul. Tiba di pondok asal, semuanya berubah. Pabila bersama perjuang keadilan rumah pagar putih sentul, ia sudah berubah kepada asal semula. Apakah rahsianya? Adakah disebabkan janggut bercermin mata? Atau atau atau atau atau atau.

Dengan dua keping roti, air teh boh, janggut bercermin mata masih berkurung di dalam bilik. Tiada khazanah yang kuperolehi daripadanya selain memetik kuntuman bunga yang sudah hampir rosak.

Adakah aku mahu gembira? Ataupun berasa sedih?