Monday, November 23, 2009

Nak Buat Bagaimana....


Beza... memang berbeza! Seorang insan yang bergelar bapa sering memukul anak-anak yang masih kecil. Walaupun anak itu tidak pernah merasai kesakitan, dia masih mempunyai jasad dan roh. Tidak pernahkah bapa itu fikir tentang masa depan anak kecil itu? Adakah dia sekadar mengaut gaji buta yang telah diberikan oleh pihak kerajaan? Dimanakah tanggungjawabnya? Memang benarlah kata-kata seorang lelaki tua di dalam mimpi, "Sudah tiada guru yang mendidik anak murid dengan hati yang ikhlas. Semuanya kerana harta dan nama". Puas sudah anak kecil itu merenung sedalam-dalamnya ke anak mata bapanya, tetapi bapanya masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan. Memanglah! Ini kerana bapa itu tidak pernah ambil berat tentang anak kecil itu. Bapa itu terlalu ke arah dunia sehinggakan lupa kepada akhirat. Dunia kini bukan seperti dahulu.... Anak kecil itu masih mampu belajar di merata tempat dengan cara apa sekalipun. Lebih menghairahkan lagi, anak kecil itu tidak kisah tentang apa yang telah dan akan berlaku kepadanya kerana... anak kecil itu pasti akan duduk setaraf dengan bapanya itu. Di saat itulah, bapa itu sedar bahawa penyesalannya itu tiada guna lagi dan disebabkan sifatnya yang terdahulu jugalah anak kecil itu sering memperlekehkan bapanya itu. Bersiap sedialah menghadapi hukum karma yang bakal menerjah minda dan jasad anda!

Promote Blog Seniman Kecil

sila klik jika ada jari.

Dia budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjuk ajar.

Sunday, November 22, 2009

Sememangnya Mulia!


Macam kartun.
Tak pernah berubah.
Kalau berubah?
Macam taikunta.

Monday, November 16, 2009

Memanusiakan manusia


Amran? Kau ini, Amran ke? Ke mana kau menghilangkan diri selama ini? Sejak kita lakukan perkara itu sama-sama, kau terus hilang! Hilang tinggalkan aku! Kemana kau pergi sewaktu aku terperangkap di penjara seorang diri? Dua puluh tahun, Amran…. Aku merana… menderita seorang diri… tapi kau- berfoya-foya di luar sana. Sekarang, jawab pertanyaan aku, Amran! Kau ingat kau dapat sembunyikan sesuatu daripada aku? Air muka kau sudah terangkan segala-galanya, Amran. Kerana… jarang sekali manusia dapat mengubah sikap dalamannya. Apatah lagi tabiat kau! Aku cukup kenal dengan diri kau. Jadi, tak payahlah kau nak bermuka-muka dengan aku. Ya, memang dahulunya aku seperti kau! Tapi kau lupa- satu perkara. Tak payahlah aku nak jelaskan. Kerana, aku tetap takkan maafkan kau. Apa gunanya aku berbaik dengan kau sekarang? Sedangkan, kau pernah tikam belakang aku. Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya? Semua harta rompakan telah kau kebas… semua gadis yang kita pernah kenali dahulu telah kau cabuli…. Jangan ingat aku ni bodoh seperti dahulu, Amran…. Kalau dahulu, memang aku sentiasa di belakang kau! Tapi sekarang, kau terpaksa berhadapan dengan aku. Woi penakut! Jangan kau cuba larikan diri. Dimana kata-kata kau dahulu? Sudah tentu kau ingat lagi, bukan…. Ku fikirkan kau ini, handal dalam membuat kerja! Itupun lepas aku dengar kata-kata kau…. Tetapi, rupa-rupanya kau ini bacul! Kau guna senjata aku. Kemudian, kau tinggalkan aku di dalam penjara. Sekarang, apa pula? Dengan senjata aku itulah kau dinaikkan pangkat, bukan? Dengan senjata aku itu juga kau mempunyai ramai pengikut. Dengan senjata itu juga kau cuba membunuh aku! Sebelum muka kau pecah kena tumbuk dengan aku lagi, kau mahu serah diri atau aku hapuskan kau di sini? Aku tak kisah kau nak kata selepas ini, sebab aku tak pernah gentar dengan kau. Mungkin pertemuan kita ini sekadar untuk memanusiakan kau, Amran. Kalau kau sudah insaf, baguslah. Tetapi hukuman tetap hukuman. Silalah ambil simpati orang lain di atas angkara aku ini. Susah? Bukankah kau ini sering mengampu para vaterian? Ya, memang cukup payah untuk tegakkan kebenaran juga keadilan. Tetapi, inilah tujuan aku hidup di dunia. Tolonglah jangan samakan aku dengan kau kerana kau adalah kau dan aku adalah aku.

Moral : Lebih baik kau mati daripada terus menyusahkan hidup aku dan memburukkan nama baik aku.

Cerita ini memang untuk dijiplak dan dijadikan bahan cerita di luar. Itupun kalau anda sanggup dihina dan dicaci oleh manusia selama beberapa keturunan.

Sunday, November 15, 2009

Shhh... Biarlah Rahsia...

Siapa ikut siapa?
Shhh... Biarlah rahsia...

Friday, November 6, 2009

Surat Buat Abang

Assalamualaikum abang,
Adik di sini sihat-sihat belaka. Abang di sana sihat ke? Adik harap abang tak sihat. Maklumlah, kalau sihat, abang ajak adik mengumpat rakan-rakan adik. Jadi, lebih baik abang terus jatuh sakit. Senang hati adik bila abang sakit. Abang, bagaimana dengan Penilaian Tahun Akhir hari itu? Adik tengok, kebengapan abang lebih kurang sama saja dengan adik. Dahulu, abang pernah kata bahawa abang sering bergiat dengan kursus memasak dan macam-macam lagi. Tapi, adik tengok... sama saja. Mungkin abang ni syok sendiri agaknya tiga tahun dahulu. Maklumlah, mula-mula belajar mestilah nak tunjuk kepandaian diri. Tak apa, adik faham semua itu. Tapi, bila abang lepak berdua dengan adik, kenapa abang terus beredar tanpa beritahu adik? Dimana etika abang dalam pergaulan? Kenapa abang? Abang ingat adik akan ikut kemana saja bontot abang pergi? Abang janganlah ingat orang sekeliling abang tak ada maruah. Tak baik...tuhan marah.... Bukan ke dahulunya kita selalu mengkaji bab-bab akhirat bersama-sama. Adakah abang terlupa perkara yang paling penting ini? Bertaubatlah abang sebelum terlambat.... Adik bukan apa, cuma sayangkan abang saja. Takkan adik nak biarkan abang masuk ke neraka sedangkan adik tengah syok di dalam syurga. Seperkara lagi abang, dahulunya, abang pernah mendidik adik sesuatu sambil minum air sirap. Kalau tak silap adiklah, abang pernah menghina seseorang itu sewaktu adik mula kenal namanya. Hal ini kerana salah seorang pensyarah kita juga pernah mengutuk beliau. Tapi, kenapa abang minta pertolongannya pula selepas dia memuji karya abang? Adakah abang ni suka putar belit cerita atau tiada maruah? Disebabkan abang ni idola adik, adik pening dengan pemikiran abang. Tiap kali abang cakap, sememangnya lain dengan perbuatan abang. Seperkara lagi, dengan izin, boleh tak adik pukul salah seorang pensyarah kita? Ya, memang adik bodoh sebab pegang hp sewaktu perbentangan. Tapi, itu adalah hak asasi untuk membuatkan adik berasa tenang sebelum adik maki hamun di depan mereka. Pensyarah itu juga bodoh dan bangang sebab main hp sewaktu saya buat perbentangan. Jika pensyarah sendiri tak hormat dengan pelajar, bagaimana pelajar nak hormat pensyarah? Kalau ikutkan hati, adik memang nak memalukan dia depan orang ramai. Maklumlah, adik tak belajar mengutuk di dalam karya sebab adik tak nak mempengaruhi pembaca tentang kutukan-kutukan yang diberi di dalam karya. Minta maaflah adik tak dapat hadir ke majlis kenduri di rumah abang. Al-maklumlah, adik tak biasa keluar negeri.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

egsdfsafgsrfg

(SAMSENG JALANAN)

Monday, November 2, 2009

Kata Orang....

Kata orang, aku tak layak jadi mat rempit. Aku lagi layak jadi penulis.

Kata orang, aku tak layak jadi penulis. Aku lagi layak jadi pelakon.

Kata orang, aku tak layak jadi pelakon. Aku lagi layak jadi pelawak.

Kata orang lagi, aku tak layak jadi pelawak. Aku lagi layak jadi doktor falsafah.

Tapi, setahu aku, kita layak memilih kerjaya yang kita minat. Jadi, aku nak jadi ahli politik lah. Boleh main rasuah berpuluh ribu. hahahaha

* Ini cuma cerita dongeng, memang ada kaitan dengan manusia.