Wednesday, October 28, 2009

Pendekar Dermawan

CERITA INI TIDAK BERKAITAN DENGAN NASIB SEORANG-
Dari timur ke barat, utara ke selatan, dia melangkah dengan penuh kejantanan...semangat satrianya sudah ke tahap kemuncak! Ilmu yang dimiliki penuh di dada...bukan di kepala. Ya, dialah pahlawan yang terbilang...termahsyur di setiap pelusuk tanah air. Setiap godaan syaitan yang bertopengkan wanita, sudah tentu dia tidak tergoda. Sungguh hairan! Musykil pun ada juga.... Betapa megahnya dia dengan kuda hitamnya, kuasa dan kekayaannya.... Tapi, sayang dua ribu kali sayang.... Dia tumpas sewaktu menjalani peperiksaan akhir tahun. Disebabkan pendekar ini kaya raya...mampu membeli satu negara...semua ini, masalah paling senang baginya. Tetapi, dia perlu melakukan tiga perkara. iaitu :
1. cucuk duit di bank
2. jumpa penyemak kertas peperiksaan
3. beri duit sewaktu bersalam
Sekian, jangan beramal.
moral:
1- simpan ilmu di kepala, jangan di dada.

Kenikmatan Melanda Memikat 4 Dara Serentak!

INI BUKAN KISAH BENAR, CUMA KISAH PENCIPLAKAN KONSEP.

Hari ini aku ketawa (muka tak ada serius). Walaupun mata segar, nyaman tidur daripada malam bawak ke pagi, aku terus ke kuliah. Tapi, mandi dulu haa.... Satu SMS aku terima daripada seorang awek bahawa dia ingin berkenalan dengan aku. Yes, dah dapat ngorat! (ayat aku sendiri). Ayat merapu meraban.

Kenikmatan mula melanda diri ini. Aku dapat memikat 4 dara serentak dalam masa yang singkat. Aku perlu rasa yang mana dekat dulu. Firstly, thanks kepada Leman yang beriku no awek-awek. antara nama awek tersebut.

1: Minah
2: Peah
3: Bedah
5: Joyah

Yes! Dah cukup 4. Lepas ni, kalau ada yang lain, ceraikan yang terawal. Dan ada kawan aku seorang samseng pasar nak join berkeluarga.

Bulan 10 tak ada exam, kena tunggu bulan 12.

* Sesiapa yang terasa, tolonglah betulkan bahasa melayu kamu.... Pening kepala aku nak baca. Memalukan semua-

Sunday, October 25, 2009

B A L A C H E Semakinta Berteriak

INI BUKAN BERITA MEMAKI. JADI...SILA MENGUCAP TERLEBIH DAHULU.

Fenomena kumpulan apache bukan lagi benda asing di negara kita... semangat mereka, aksi stunt.... sangat gempak. Terkesima aku dibuatnya macam Pxsfdgsjh. Tapi... taklah sehebat seorang balache yang sudah mengamuk di skrin cahaya-

Dahulunya... mendiamkan diri apabila disergah. hm... sekarang dah pandai... memang hot.... Tapi aku tak paham apa yang dia cuba sampaikan.... samada aku terlalu bodoh atau dia yang sangat hebat-

Yang membuat aku ketawa ialah... jeng jeng jeng.... Apa ya.... Hm... tak ada aliran lain ke nak masukkan dalam blog? Eh... yang aku nak marah kenapa... Er... minta maaf ya... lain hari masuklah semua benda yang lain... aku tulis ni... tak macam dalam blog anda yang serba mewah-

DUSH!DUSH!DUSH! aku tumbuk dia sampai pengsan... tapi... tak syoklah... dia hidup lagi. Nyesal pula aku tak tumbuk dia betul-betul. Sebab... tadi cuma gurauan saja... jangan marah ya-

Bila dia ajak makan saja... aku rasa macam confiuslah... confius! Kalau tak join... dia kata apa pula nanti. Kalau join... Rasuah! DING... DING... DING.... Manusia yang berada di belakang aku sengaja bunyikan loceng apek ais krim macam Sawfk.... aku pun tak tahu mana manusia tu rembat loceng tu-

Ah, persantankan semua itu! Makin fening kepala aku... bak kata pepatah... bagai orang tak makan panadol apabila tiba waktu pening.... Semuanya gara-gara ditikam belakang oleh manusia yang mempunyai lidah bercabang dua... bukan tiga... bukan empat-

Hoi! apa pula... siapa kata kata si Jenab tu yang ada lidah dua cabang... dia cuma Kencaaag bercabang dua. Tapi.... ingat-ingatlah seruan kerajaan yang pernah diperkatakan oleh semua.... Satu Malaysia-

Hentam sajalah... jangan main goreng-goreng... ini bukan pertandingan memasak... tapi... pertandingan Pgefsfjnsskf. Semakin rancak perkataannya, semakin pening kepala otak aku ni nak memahami isinya... BAHALOL punya-

Yang sebenarnya... taklah pening sangat... cuma, tak ada benda yang menarik.... Kasihan dia-

Saturday, October 24, 2009

Peperangan 0303

http://www.youtube.com/watch?v=EIJvB6W7o_4

Ya, dialah orangnya, manusia yang pernah aku tabik seketika dulu. Tapi tak sangka kata-kata aku mampu memecahkan kepalanya. Al-maklumlah, waktu itu kepala aku tengah tenang seperti penagih mengisap dadah. Disebabkan perkara yang remeh temeh, berlakulah peperangan dua negeri. Itupun kalau dia tidak terangkan bahawa dia mempunyai banyak kampung di pelbagai negeri.

Kalau tak silap aku, peperangan ini lagi teruk daripada 13 MEI... Kedahsyatan yang berlaku boleh dianggap sebagaimana penduduk neraka melihat salah seorang rakannya naik ke syurga. Jika masih tak dapat bayangkan keadaan seperti itu, cuba tutup kedua belah mata dan hantuk kepala ke dinding sekuat hati. Kalau boleh, jangan buatlah kerana membahayakan kesihatan. Jangan lupa bahawa kita sebagai penduduk Malaysia haruslah menjaga kesihatan demi melakukan aktiviti gelap.

Kata-kata aku adalah keluaran edisi terhad kerana tidak pernah keluar di mana-mana cyclopedia. Jika ingin tahu, ianya berasal daripada pemikiran logik aku walaupun aku sering memikirkan benda yang aku nak fikirkan. Tapi, bak katanya, pemikiran aku ni terlebih matang. Seringkali aku memikirkan perkara ini, adakah kata-kata aku terlalu berbisa? Setelah sekian lama aku mengkajinya apabila tiba waktu tidur, barulah aku faham bahawasanya aku tidak bersalah. Sudah semestinya aku tidak akan mengaku kesalahan itu kerana nanti kena masuk penjara kegelapan. Lagipun, perkataan yang aku berikan kepadanya bertujuan untuk menyampaikan tujuan aku yang seringkali tersalah arah.

Sudah semestinya aku mengetahui bahawa dia cuba untuk melarikan diri daripada aku. Ya, memang itu tujuan aku kerana aku tidak mahu dia hanyut bersama aku menuju ke daerah kegelapan. Bukan dia saja, ramai lagi yang aku ingin tinggalkan kerana sekian lama aku bertapa di daerah syaitan, baru aku sedar bahawa masih ada rakan yang sanggup menikam belakang aku. Ianya suatu penghinaan yang paling besar buat aku. Jangan ingat aku meludah mereka kerana bunga tahi ayam yang tak pernah merangsangkan kutukan maut aku. Ini semua terjadi angkara terpengaruh dengan aliran hipokritisme. Lagipun, aku paling benci manusia yang memijak kepala aku setelah sekian lama aku mengikutinya.

Memang suka hati aku nak tegaskan, aku tak pernah bermusuhan disebabkan bunga tahi ayam yang tak suci. Tetapi aku akan bermusuhan dengan manusia yang tak pernah kenal erti persahabatan. Disebabkan itulah aku tak pernah menghormati semua manusia yang tak memahami maksud S A H A B A T. Mereka cuma mengejar dan menghormati S A H A M B A T U.

Aku harap si mangkuk ayun yang kuat touching tu baca benda ini kerana dia takkan dapat baca benda ini di surat khabar. Hal ini kerana surat khabar seringkali mengeluarkan berita palsu sebagaimana wartawantan membuat berita yang gah tetapi semuanya dusta. Al-maklumlah, kekurangan duit untuk membeli mee segera. Akan tetapi, bagus juga jika berbuat begitu kerana disebabkan berita palsu juga nama kita boleh naik sehinggakan mampu mengeluarkan kereta. Disebabkan itulah ramai orang lebih mempercayai blog daripada surat khabar. Sekurang-kurang ada juga yang betul.

Akhir kata, aku tonjolkan jari tengah untuk meminta maaf jika ketidakpuashatian dengan diri aku yang serba mereng ini. Owh ya, sebelum terlupa, Si Malik ada menghantar SMS kepada Si Meon. Kalau tak silap aku, SMS nya ditulis seperti ayat di bawah :
'Idea dan pemikiran aku diterima ya. Cuma aku sengaja menukar konsep cerita dan mengubah sedikit pemikiran cerita aku agar dapat menyelindungkan pemikiran asal demi mengaburi mata para penilai. Jadi, pesan aku, kalau setakat dengar cerita di warung kopi, lebih baik tidur. Kalaulah aku jadi kau, aku akan lompat dari jambatan'.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 16, 2009

Naluri Kegelapan



Aku dah lama mati, faham tak? Aku dah lama mati! Aku cuma mampu bernafas dengan benda tu. Kenapa korang nak berkawan dengan aku lagi? Aku bukan lagi kawan yang korang semua pernah kenal aku dulu. Aku dah kembali ke tempat aku yang dulu (sebelum korang kenal aku). Aku lebih bahagia berkawan dengan sekaum aku. Aku tak pernah menyesal dengan semua ni! Pergi mamposlah aku perangai tak matang ke apa! Kalau korang matang sekalipun, tapi makan kawan sendiri, bermusuh dengan sesuatu pihak disebabkan sesuatu, lagi tak guna! Korang semua pergi jahanam sama permainan hipokrit korang tu! Pergi jahanam sama kerjaya korang tu! Manusia macam korang ni, lagi hina daripada manusia macam aku! Sanggup gadaikan maruah untuk bermusuh, lagi hina! Sekali lagi korang ganggu hidup aku, aku dah tak teragak-agak untuk hapuskan korang. Jangan cuba main gila sama aku. 
*Khas buat yang jauh di mata, dekat di hati

Kala Mentari Menjadi Kelam


Adakah aku dilahirkan ke dunia ini untuk membahagiakan orang lain? Sedangkah hati ini hancur lebur menahan kesakitan. Atau kesilapan diri ini yang membiarkannya pergi jauh daripada bayangan seribu malam. Bila minta pendapat rakan-rakan dan ayahku sendiri, mereka semua suruh aku lawan untuk buktikan diri aku ini. Tapi sayang seribu kali sayang, aku tak bisa untuk mencuba membahagiakan diri ini jika melihat orang lain yang kecundang. Akan tetapi, jika ada pergaduhan jalanan, aku sering masuk campur walaupun terpaksa menahan tumbukan mereka yang seperti semut mengigit besi itu. Adakah seorang samseng tak mampu membahagiakan seseorang? Jika disebut tentang harta dan nama, memang kedua benda itu terlalu jauh untuk ku capai. Ya, memang terlalu jauh kerana aku sudah terlalu lama membuang masa berfoya-foya dengan kaum kerabatku sendiri. lagipun, aku masih muda untuk menjadi matang. walaupun aku tiada kereta, motosikal aku sering memenangi perlumbaan jalanraya. Apabila sebut tentang perjuangan, apakah perjuangan aku? Sudah tentu mempertahankan maruah diri, keluarga dan rakan-rakan. Akan tetapi, perlu lagikah aku mempertahankan semua itu jika masih ada rakan-rakan yang tikam belakang aku? Aku cuma memalukan diri sendiri jika bergaduh disebabkan perempuan. Disebabkan aku jenis malas fikir, aku tetap dengan perangai asal aku kerana aku tak biasa bermain dengan sikap hipokrit seperti orang lain. Secara rasminya, aku akan pukul sesiapa yang cuba menjatuhkan maruah aku, keluarga aku dan rakan-rakan aku bermati-matian.

JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN AYAT DI ATAS,
TAIP ONSIAL - JARAK - KOMENTAR
DAN HANTAR KE 54321
Cas dikenakan mengikut keberatan dosa?

Thursday, October 15, 2009

Cukuplah dengan SEMUA INI!

Walaupun kita mempunyai ribuan kawan, tidak semua yang sanggup berkongsi masalah kita. Kadangkala, orang yang kita harapkan tak semestinya akan membantu kita. Sebaliknya mereka menjatuhkan kita dalam diam. Walaupun aku sudah tahu tentang hal ini, aku masih bergaul dengannya. Akan tetapi, janganlah kau gelar diri kau SAHABAT aku kerana aku cuma menganggap kau sebagai KAWAN sahaja. Jika kau sanggup menafikan hal ini, TAIP ONSIAL KOMEN DAN HANTAR KE 54321. Cas perkhidmatan dikenakan mengikut keberatan dosa.

Tuesday, October 13, 2009

Adakah Ini Dinamakan Solat?


Adakah anda bersolat?

Mengapa anda bersolat?

Bilakah anda bersolat?

Bagaimanakah anda bersolat?

Dimanakah anda bersolat setiap hari?

Apa maksud bersolat?

Siapakah difikiran anda ketika bersolat?

Saturday, October 10, 2009

Mari Menari

Pada satu hari, Beruk berasa bangga kerana dipuji Ketua Sarkas minggu lepas. Dia mula meminggirkan diri daripada rakan-rakannya. Badut hanya menari sarkas di belakang Ayam sahaja kerana tidak mahir menari poco-poco. Selepas muzik dimainkan, mereka bertiga menari. Akan tetapi, hanya Beruk sahaja yang salah menari. Disebabkan Badut mengikut langkah tarian Ayam, dia semakin mahir menari poco-poco. Beruk berasa marah dan melompat-lompat sambil makan pisang.  Beruk menghampiri Beruk dengan senyuman yang manis.

"Kau kata, Ketua Sarkas puji kau paling terbaik minggu lepas? Tapi, aku tengok kau saja yang salah," tanya Badut kepada Beruk.

Beruk tidak menjawab pertanyaan Badut. Dia terus beredar sambil makan pisang. 

PENGAJARAN: Jangan makan pisang sewaktu menari poco-poco.

Thursday, October 8, 2009

Khas Buat Orang Takabbara!

Adakah orang yang pandai berbicara itu adalah orang yang bijak pandai dan orang yang pendiam itu adalah orang yang bodoh? Adakah orang yang suka membaca itu adalah orang yang bijak dan orang yang tidak membaca itu adalah orang yang bodoh? Perlu ke menghormati orang pandai sedangkan dia tidak pernah mengerjakan solat? Adakah dia kusyuk membaca buku-buku teori sehinggakan terlupa membaca buku-buku agama? Perlu ke membantu orang bodoh untuk belajar? 

Soalan ini sering tertanya-tanya di pemikiran manusia yang lupa diri. Memang suka hati saya lah nak ingatkan, sebijak pandai orang itu pun, tak semestinya dia tahu segalanya dan kadangkala orang yang bodoh itulah yang banyak mengetahui mengenai banyak perkara. Akan tetapi, tengok jugalah dari segi pengalaman hidup dan pergaulannya. Banyak berbeza dengan seorang lelaki yang tahu duduk di rumah seperti perempuan. Apabila ada benda yang tak kena sahaja, mulalah nak mengkritik orang lain sedangkan benda itu ada dalam dirinya sendiri. Buat apa kita nak kedekut ilmu sedangkan ilmu yang kita pelajari selama ini datang daripada-Nya.

Nabi pernah menjelaskan tentang di antara alamat celaka seorang manusia itu dalam sabda baginda :

إعجاب المرء بنفسه

Yang bermaksud "merasa taajjub sesorang itu dengan dirinya sendiri"....

Sesungguhnya benarlah sabda baginda Nabi SAW dalam sebuah hadis yang lain :-

الجهل رأس كل خطيئة

Yang bermaksud "bahawa kejahilan itu adalah induk bagi segala kesilapan.."

Berkaitan rasa takabbur pula baginda Nabi SAW pernah memberikan ancaman kepada kita semua agar jangan sekali-kali takabbur dan sombong dalam hadis baginda SAW :-

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر

Yang bermaksud " Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada perasaan takabbur walau sebesar atom di dalam hatinya"


           "Dan pada diri kamu apakah tidak kamu perhatikan?"
                                                              Surah az-Zariyat: ayat 21

Saturday, October 3, 2009

Permainan Dunia

Sememangnya, tujuan AKU masak banyak-banyak memang untuk buang ke bakul sampah pun. Al-maklumlah, manusia zaman sekarang ni banyak sangat perkara penting yang perlu diuruskan. Nasib baiklah ada rakan lain yang sudi datang.

*Terima kasih kepada orang yang banyak alasan kerana menyuruh AKU buat open house tapi dia tak datang.

*Terima kasih kepada anak johor yang banyak kampung di negeri orang kerana sudi menunggu rakan-rakan lain hadir.