Wednesday, October 28, 2009

Pendekar Dermawan

CERITA INI TIDAK BERKAITAN DENGAN NASIB SEORANG-
Dari timur ke barat, utara ke selatan, dia melangkah dengan penuh kejantanan...semangat satrianya sudah ke tahap kemuncak! Ilmu yang dimiliki penuh di dada...bukan di kepala. Ya, dialah pahlawan yang terbilang...termahsyur di setiap pelusuk tanah air. Setiap godaan syaitan yang bertopengkan wanita, sudah tentu dia tidak tergoda. Sungguh hairan! Musykil pun ada juga.... Betapa megahnya dia dengan kuda hitamnya, kuasa dan kekayaannya.... Tapi, sayang dua ribu kali sayang.... Dia tumpas sewaktu menjalani peperiksaan akhir tahun. Disebabkan pendekar ini kaya raya...mampu membeli satu negara...semua ini, masalah paling senang baginya. Tetapi, dia perlu melakukan tiga perkara. iaitu :
1. cucuk duit di bank
2. jumpa penyemak kertas peperiksaan
3. beri duit sewaktu bersalam
Sekian, jangan beramal.
moral:
1- simpan ilmu di kepala, jangan di dada.

No comments:

Post a Comment