Thursday, October 8, 2009

Khas Buat Orang Takabbara!

Adakah orang yang pandai berbicara itu adalah orang yang bijak pandai dan orang yang pendiam itu adalah orang yang bodoh? Adakah orang yang suka membaca itu adalah orang yang bijak dan orang yang tidak membaca itu adalah orang yang bodoh? Perlu ke menghormati orang pandai sedangkan dia tidak pernah mengerjakan solat? Adakah dia kusyuk membaca buku-buku teori sehinggakan terlupa membaca buku-buku agama? Perlu ke membantu orang bodoh untuk belajar? 

Soalan ini sering tertanya-tanya di pemikiran manusia yang lupa diri. Memang suka hati saya lah nak ingatkan, sebijak pandai orang itu pun, tak semestinya dia tahu segalanya dan kadangkala orang yang bodoh itulah yang banyak mengetahui mengenai banyak perkara. Akan tetapi, tengok jugalah dari segi pengalaman hidup dan pergaulannya. Banyak berbeza dengan seorang lelaki yang tahu duduk di rumah seperti perempuan. Apabila ada benda yang tak kena sahaja, mulalah nak mengkritik orang lain sedangkan benda itu ada dalam dirinya sendiri. Buat apa kita nak kedekut ilmu sedangkan ilmu yang kita pelajari selama ini datang daripada-Nya.

Nabi pernah menjelaskan tentang di antara alamat celaka seorang manusia itu dalam sabda baginda :

إعجاب المرء بنفسه

Yang bermaksud "merasa taajjub sesorang itu dengan dirinya sendiri"....

Sesungguhnya benarlah sabda baginda Nabi SAW dalam sebuah hadis yang lain :-

الجهل رأس كل خطيئة

Yang bermaksud "bahawa kejahilan itu adalah induk bagi segala kesilapan.."

Berkaitan rasa takabbur pula baginda Nabi SAW pernah memberikan ancaman kepada kita semua agar jangan sekali-kali takabbur dan sombong dalam hadis baginda SAW :-

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر

Yang bermaksud " Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada perasaan takabbur walau sebesar atom di dalam hatinya"


           "Dan pada diri kamu apakah tidak kamu perhatikan?"
                                                              Surah az-Zariyat: ayat 21

3 comments:

  1. hahaha...
    kali ni kau salah tafsir apa yang terkandung dalam blog aku...
    Ada seseorang yang tahu maksud aku tu...

    ReplyDelete
  2. eh,aku tak tafsir apa2 pun.
    cuma aku ambil beberapa hujah kau,
    dan aku hentam kau.
    tak payah la nak kutuk budak2 tu dah...
    dah perangai dorang mmg mcm tu...
    kau pun mcm tu jgk...
    so,ko kutuk diri kau sendiri.

    ReplyDelete
  3. sorry fiq...
    aku tak kutuk budak tu...
    aku rasa aku faham siapa yang kau maksud kan...
    tapi tak pe la...
    aku tak cakap sesiapa pun kat dalam tulisan aku tu...
    sorry...

    ReplyDelete