Monday, November 16, 2009

Memanusiakan manusia


Amran? Kau ini, Amran ke? Ke mana kau menghilangkan diri selama ini? Sejak kita lakukan perkara itu sama-sama, kau terus hilang! Hilang tinggalkan aku! Kemana kau pergi sewaktu aku terperangkap di penjara seorang diri? Dua puluh tahun, Amran…. Aku merana… menderita seorang diri… tapi kau- berfoya-foya di luar sana. Sekarang, jawab pertanyaan aku, Amran! Kau ingat kau dapat sembunyikan sesuatu daripada aku? Air muka kau sudah terangkan segala-galanya, Amran. Kerana… jarang sekali manusia dapat mengubah sikap dalamannya. Apatah lagi tabiat kau! Aku cukup kenal dengan diri kau. Jadi, tak payahlah kau nak bermuka-muka dengan aku. Ya, memang dahulunya aku seperti kau! Tapi kau lupa- satu perkara. Tak payahlah aku nak jelaskan. Kerana, aku tetap takkan maafkan kau. Apa gunanya aku berbaik dengan kau sekarang? Sedangkan, kau pernah tikam belakang aku. Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya? Semua harta rompakan telah kau kebas… semua gadis yang kita pernah kenali dahulu telah kau cabuli…. Jangan ingat aku ni bodoh seperti dahulu, Amran…. Kalau dahulu, memang aku sentiasa di belakang kau! Tapi sekarang, kau terpaksa berhadapan dengan aku. Woi penakut! Jangan kau cuba larikan diri. Dimana kata-kata kau dahulu? Sudah tentu kau ingat lagi, bukan…. Ku fikirkan kau ini, handal dalam membuat kerja! Itupun lepas aku dengar kata-kata kau…. Tetapi, rupa-rupanya kau ini bacul! Kau guna senjata aku. Kemudian, kau tinggalkan aku di dalam penjara. Sekarang, apa pula? Dengan senjata aku itulah kau dinaikkan pangkat, bukan? Dengan senjata aku itu juga kau mempunyai ramai pengikut. Dengan senjata itu juga kau cuba membunuh aku! Sebelum muka kau pecah kena tumbuk dengan aku lagi, kau mahu serah diri atau aku hapuskan kau di sini? Aku tak kisah kau nak kata selepas ini, sebab aku tak pernah gentar dengan kau. Mungkin pertemuan kita ini sekadar untuk memanusiakan kau, Amran. Kalau kau sudah insaf, baguslah. Tetapi hukuman tetap hukuman. Silalah ambil simpati orang lain di atas angkara aku ini. Susah? Bukankah kau ini sering mengampu para vaterian? Ya, memang cukup payah untuk tegakkan kebenaran juga keadilan. Tetapi, inilah tujuan aku hidup di dunia. Tolonglah jangan samakan aku dengan kau kerana kau adalah kau dan aku adalah aku.

Moral : Lebih baik kau mati daripada terus menyusahkan hidup aku dan memburukkan nama baik aku.

Cerita ini memang untuk dijiplak dan dijadikan bahan cerita di luar. Itupun kalau anda sanggup dihina dan dicaci oleh manusia selama beberapa keturunan.

No comments:

Post a Comment